Sunday 13 May 2012

JENIS-JENIS LITAR ELEKTRIK

JENIS – JENIS LITAR ELEKTRIK


Litar elektrik merupakan suatu susunan pengalir atau kabel untuk membawa arus dari punca bekalan voltan ke komponen-komponen elektrik (beban). Ianya terbahagi kepada dua iaitu:

      1. Litar Lengkap
         Ia juga dikenali sebagai litar asas atau litar mudah. Ia merupakan suatu penyambungan tertutup yang
         membolehkan arus mengalir dengan sempurna iaitu arus mengalir dari bekalan dan balik semula ke
         bekalan tersebut. Litar-litar tersebut mestilah terdiri daripada voltan bekalan (V), arus elektrik (I) dan
         rintangan (R). 

 

  
       2. Litar Tidak Lengkap
          Litar tidak lengkap ialah litar yang mengalami kekurangan salah satu daripada tiga perkara tersebut
          iaitu samada voltan bekalan atau rintangan beban. Pengaliran arus tidak akan berlaku dengan
          sempurna pada litar tidak lengkap. Litar tidak lengkap terbahagi kepada dua ;

          Litar buka – litar dimana punca beban dalam litar tersebut dibuka. Oleh itu tiada pengaliran arus
          berlaku. Nilai rintangan dalam litar adalah terlalu tinggi.

            


           Litar pintas – sambungan pada punca bebannya dipintaskan dengan menggunakan satu pengalir
           yang tiada nilai rintangan. Arus yang mengalir adalah terlalu besar. Biasanya jika berlaku litar pintas,
           fius akan terbakar.


                



      3. Litar Siri
          Litar siri ialah satu susunan litar elektrik yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah
          sahaja. Jika terdapat bahagian litar terputus atau terbuka, arus tidak dapat mengalir.


   4.  Litar selari
       Litar selari ialah sambungan litar elektrik dengan dua atau lebih laluan arus.Jika laluan arus terputus,
       litar lain terus berfungsi.
        










 

8 comments: